Friday, January 1, 2010

No Retreat Clothing on Myspace



No Retreat Clothing dilahirkan pada Disember 2009 yang lalu. Ia dilahirkan oleh 2 orang anak muda yang masih lagi menuntut ilmu di merata-rata tempat. No Retreat bermaksud tidak berundur, di mana kini semakin ramai yang dahulunya memperjuangkan keadilan, kesamarataan, kehidupan yang positif dan lain-lain lagi kini berundur dan hilang tanpa berita. Konsep No Retreat ini pula lebih kepada old school hardcore, kerana kami ingin mengembalikan nostalgia lama yang telah hilang yang kini lebih terarah kepada hardcore yang telah dieksprimentasikan. Disebabkan ramai golongan remaja yang terpengaruh dengan rekaan ganas-ganas yang memenuhi baju, kononnya mencerminkan apa itu hardcore, semakin bertambah label clothing yang mengaut keuntungan dengan situasi ini. Sempena tahun 2010, No Retreat Clothing akan mengeluarkan dua design di mana salah satunya dibuat untuk sebuah band old school hardcore dari Kuantan, Burning Fight.


T-shirt ini akan dikeluarkan dalam pelbagai versi warna. Untuk maklumat yang lebih lanjut, silalah ke laman Myspace Burning Fight, www.myspace.com/burningfightxhc. No Retreat juga akan mengeluarkan designnya yang pertama, kemungkinan besar dalam pertengahan Januari 2010.


Harga untuk baju ini belum ditentukan lagi. Untuk maklumat lanjut, silalah ke laman Myspace kami, www.myspace.com/noretreatcloth. We Will Fight Till Last Breath. NO RETREAT!!

No comments:

Post a Comment